Followers

Thursday, November 3, 2011

Asam Pedas Ikan Tongkol @ Aya

Salam.Kali nie saya nak kongsikan resepi adik saya, CT Ala. Dia ni memang pakar memasak di antara kami adik-beradik. Dia mewarisi 'air tangan' mak. Macam mana mak masak, macam tu la dia masak. Cukup rasa, cukup segala-galanya (kadang2 lebih sedap dari mak...hehehe...maaf ye mak). Suatu hari tu masa kami (Along, saya & Ju) balik ke kampung, CT Ala masak lauk ni. Fuhhh! Sedap...terangkat... Kagum betul ngan bakat memasak dia. Jeles pun ye gak :-P. Saya pun tanyalah resepinya, nak belajar masak lauk tu, sbb saya sgt suka ikan aya ni(especially ikan aya singgang). So,ini resepinya :





* Ini adalah gambar Asam Pedas Ikan Tongkol @ Aya yang telah siap dimasak. Saya suka banyak kuah, jadi saya lebihkan air. Tapi lebih sedap sekiranya dimasak sehingga kuah agak pekat & kering. Nanti saya uploadkan gambar masakan yg dimasak hingga kuahnya pekat.

Bahan-bahan :-

Ikan tongkol @ aya (dipotong dan dibersihkan)
Lada kering (dikisar) - 5 sudu besar (ikut kehendak)
1 labu bawang besar (jika suka)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Air asam jawa
1 sudu teh halba
Serai (diketuk)

Cara-cara membuatnya :-

1. Bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat. (Nak blend pun boleh, tapi rasanya x sesedap mcm yg ditumbuk).
2. Tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi.
3. Masukkan lada kering dan serai. Tumiskan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan halba.
4. Masukkan ikan tongkol dan kacau seketika.
5. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga kuah agak pekat. (Bolehlah dimasukkan bawang besar yg dihiris jika suka).
6. Sedia dihidang..Enak dimakan dengan nasi panas2. Selamat mencuba!

Wednesday, November 2, 2011

Ayam Kukus

Semalam baru belajar resepi baru... Ayam Kukus. Google dlm tenet jer, ehehee. Disebabkan buntu dah fikir nak masak apa, google ajelah. Semua ada kat dlm tenet tu. Sekali jumpe resepi ayam kukus. Wow! Teruja dgn gambar masakan tu...serius! Balik nak try...yeah! So nilah hasilnya semalam: Taraaaa.....!!!







RESEPI AYAM KUKUS

Resepi Ayam Kukus ( Simple dan sedap)
Seekor ayam (dibersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
sedikit lada hitam (resepi asal tak guna pun, tp sy tmbh2 bg rasa lebih umphhh...hehee)
* Kesemua bahan ini ditumbuk dan digaulkan dgn ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit – 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong…. Terpulanglah ye...

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga halus. Sesuaikan rasanya dan boleh dihidangkan.

Bahan-bahan sampingan :
Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah dihidangkan…
*** Ayam kukus ni boleh di makan dengan nasi ayam atau nasi biasa. Cuba jgn x cuba!

Nota : Resepi diambil dari http://www.myresipi.com (TQ utk resepi yg mudah dan sedap ni)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...