Followers

Monday, December 19, 2011

Cendawan Goreng Bercili


RESEPI CENDAWAN GORENG BERCILI

Cendawan bukan setakat dimasak sup atau dibuat sayur air jer. Banyak cara lagi kita boleh masak cendawan ni. Jadi saya nak kongsikan satu resepi yang Embah (nenek) saya selalu masak masa kami menetap kt Kg. Kuala Sentul, Maran dulu. Resepi sebenar, saya x berapa pasti...sebab x pernah tanya ngan Embah (tu la org muda skrg, mls b'tanya...rugi tau x belajar ngan org2 tua. Sila jgn ikut cth mcm saya ;-P). Yg ni saya main agak2 je bahannya...dan Alhamdulillah, x mengecewakan rasanya(huhu...yelah tu). Sangat2 mudah nak masak ni. Jom tengok!

Bahan-bahan:
Cili kering (dikisar halus)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Ikan bilis
Cendawan (kalau kat pasaraya jual by packet kan, so saya beli 2 packet sbb 1 packet cam x cukup je, nanti dah masak cendawan ni mengecut. Bg p'gemar cendawan, nak tmbh lg pun boleh...hehehe)
Garam
Serbuk perasa

* Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus. Ikan bilis pun ditumbuk sekali tp jgn sampai hancur sangat. Kalau suka lg pedas, boleh tambah cili padi...nyum2!!!

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan cendawan. Goreng seketika.
3. Masukkan sedikit air jika t'lalu kering.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
5. Siap! (Jgn goreng cendawan terlalu masak...nanti lembik x sedap plak)

Mudah kan? Selamat mencuba!

Kari Sardin

RESEPI KARI SARDIN


Bahan-bahan:
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
1 tin besar Sardin
3 sudu besar cili kering yg telah dikisar (ikut citarasa, nk pedas lg, leh tambah)
Serbuk rempah kari ikan
Santan
2 ulas Bawang merah*
1 ulas Bawang putih*
* ditumbuk halus
Halia (dlm 1/2 inci, diketuk)
Asam keping
Ubi Kentang
Tomato
5 -6 biji Cili padi
Garam
Serbuk perasa



Cara memasak:
1. Ikan sardin di asingkan daripada sosnya. Sos tu jgn buang sebab nak masak sekali nanti.
2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan rempah 4 sekawan tu sekejap.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk halus dan juga halia hingga naik bau.
4. Masukan cili kering kisar dan serbuk rempah kari. Kalau untuk 1 tin sardin ni, saya gunakan 1/2 je dari pek kecik rempah kari tu. Tumis sampai pecah minyak dan rempah tu garing.
5. Masukkan ubi kentang yg telah dipotong 4. Gaul kejap.
6. Masukkan santan dan masak hingga ubi kentang empuk.
7. Boleh masukkan cili padi bagi yg suka pedas. Kemudian masukkan sos sardin. Kacau hingga mendidih.
8. Masukkan asam keping dan ikan sardin.
9. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa kemudian masukkan tomato yg telah dipotong. Kacau kejap dan tutup api. Sedia dihidang...

Wednesday, December 7, 2011

Ayam Tumis Kunyit

Salam.

Balik keje lewat smlm, gara2 honorarium! Sampai umah dah kul 9 mlm. Ape yg nak dimasak dlm waktu tu? Perut srius lapar giler...sian En. Suami t'paksa mkn kepek utk alas perut :(. Jd masakan ringkas mlm itu adalah AYAM TUMIS KUNYIT...ahahhaa!!! Ni resepi ciptaan Along time saya duk bujang2 dulu ngn dia. Time2 x de brg kt dapur, ha inilah yg jd sajian kami adik-beradik. Nak cube? Jom, kita tgk cane cara nak buatnya (*wink)


RESEPI AYAM TUMIS KUNYIT

Bahan-bahan (utk 2 org makan) :
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun boleh tapi kena pandai agak la nak guna byk mn-b'gantung pd byk mn ayam nak dimasak)
Halia
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi (kalau suka pedas, tambahkan. Saya guna ckit, sbb En. Suami x tahan pedas)
Serai (diketuk)
Bawang besar
Lada besar (Cili merah @ hijau)
Garam
Serbuk perasa

Cara memasak :




* PERHATIAN : Numbering di dlm gambar memang tak sama dgn turutan cara.

1. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi ditumbuk hingga lumat.
2. Bersihkan ayam, toskan dan lumur sikit garam.
3. Panaskan minyak. Pastu masukkan ayam tadi. Goreng hingga separuh masak.(Boleh masukkan serai yg diketuk jika nak - Utk wangikan masakan. Tp smlm saya masak x letak, serai x de...So jgn heran kenapa dlm gmbr x de...hehehee)
4. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam kuali, goreng sampai naik bau & bahan tu sebati dengan ayam.
5. Kemudian masukkan sedikit air utk masakkan lg daging ayam tu & supaya ayam tu x t'lalu kering.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa (Sesuaikan rasa m'ikut selera anda).
7. Goreng sampai ayam betul2 masak dan bolehla dimasukkan bwg besar dan lada besar yg dihiris-hiris terlebih dahulu.
8. Tutup api dan sedia dihidang.

Monday, December 5, 2011

Asam Pedas Ikan Tongkol versi ke ii

Bertemu lagi..dihari dan waktu yg same.Resepi nie pernah ditayangkan oleh akak sy,angah.Skung dari bahan yang samer saya tayangkan dalam versi yg agak pekat.Maner2 pun bleh mengikut selera empunya yg nak makan..


Resepi asal: Selera Serata Ceruk

Bahan-Bahan:-
5-6 keping ikan tongkol@aye
Beberapa batang bendi
1 s/k halba
1/2 cawan air asam jawa
4-5 s/b cili kisar
gula,garam dan bahan perasa

Bahan Tumbuk Halus:-
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2cm Halia
1cm Kunyit Hidup
1cm belacan (jika suka)
5-6 tangkai cili padi (jika suka)

Cara-Cara:
1. Panaskan 4 s/b minyak didalam kuali.Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar bersama halba dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan ikan tongkol dan air asam jawa.Biar ikan masak dalam 10-15 minit.Boleh ditambah sedikit air jika kuah agak kering sementara menunggu proses ikan nak masak.
4. Masukkan bendi dan perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa.Masak hingga kuah agak kering dan sedikit pekat mengikut citarasa..siap da!

Bagi yang kurang suke makanan berminyak@dalam proses diet,bleh kurangkan kuantiti minyak..
Selamat mencube!!! :-)

Pajeri Nenas selera mak saye..

Salam smue..hai,sy dak baru kat sni.bru blaja2 nk join blog.tu pun tumpang blog perkongsian adik bradik..tu terhasilnyer "selera serata ceruk Pok Ya".Gabungan masakan yg dihasilkan oleh kami adik bradik nun dari chini,pahang..huhu.Idea resepi asal dlam blog nie sume dari citarasa keturunan kami..mak dan tok2 kami..n ade gak dri internet or len2..tuk cobaan pertama..nah,amik nie...Pajeri Nenas.wlu rmai yg da pakar masak n makan nie,kami ttap gak share tuk sume..maner tau hasilnyer len skit dri yg len..nmpak bahan sma..tp cube dlu tau!!hehe :)


Resepi asal: Selera Serata Ceruk

Bahan-Bahan:
1 biji Nenas sederhana besar
Santan (dari 1 biji kelapa)
2 s/b Kerisik
3 s/b Rempah kari daging*
2 s/b Cili kisar*
Sedikit air * (* disatukan m'jadi pes)
1 Batang kulit kayu manis
2 Kuntum bunga lawang
2 Buah pelaga
3 Kuntum bunga cengkih
5-6 biji cili padi (jika suka)
1 1/2 s/b gula pasir
gula kerek@ 1 keping gula melaka
garam dan bahan perasa

Bahan Tumbuk Lumat
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit ikan bilis@udang kering

Cara:
1- Nenas dikupas dan dibuang kulit.Potong ikut suke hati.Jangan terlalu tebal dan nipis.Dicelur dalam 5-10 minit bgi mengeluarkan air nenas yg masam@tajam.Angkat,tos dan ketepikan.
2- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3- Masukkan pes rempah kari yg telah dicampurkan bersama cili kisar.Kacau dan masak hingga garing serta pecah minyak.
4- Masukkan santan dan gaul seketika.Biar mendidih sekitar 5-10 minit.Masukkan nenas yang telah dicelur bersama kerisik,garam,gula kerek,gula pasir..Masak hingga kuah agak pekat.
6- Taburkan cili padi dan biar seminit.Tutup api dan sedia dihidang bersama ikan goreng..nyum3...

Nenas yang telah dicelur..


dimakan bersame ikan yg baru digoreng panas2..

selamat mencube!!! :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...