Resepi mudah dan ringkas untuk dicuba...termasuklah resipi turun-temurun keluarga Pok Ya...
Followers
Monday, March 26, 2012
Kuetiau Daging Halia
RESEPI KUETIAU DAGING HALIA
Saya sangat suka makan Beef Hor Fun kat Cafe Abg Bob. Sgt2 suke, hingga rasa mcm nak jer tanya ape resepinya. Tapi segan lak nak tanya. Yelah. org niaga ni kdg2 mana nak share resepi dia kan. Jadi sy amik alternatif lain, search kat Google. Tapi susahnya nak cari yg betul2 tepat. Kalau ada pun, dlm bahasa Cina. Mana nak paham?!!@#. Berkat kesabaran m'cari rahsia Beef Hor Fun Abg Bob yakni dgn m'beli & memakan Beef Hor Fun nya secara kerap di samping m'kaji respi2 yg ada kat Google, akhinya saya temui resepi yg mungkin hampir tepat :). Hor Fun dalam bahasa Melayu rupenye KUETIAU...baru saya tau. Selama ni t'tanya2 gak ape benda la 'HOR FUN' tu. Jom tgk resepinya!
Bahan-bahan :
BAHAN A
1 bungkus keutiau
1 pokok sayur sawi
2 biji tomato (dibelah 6)
1 pokok daun bawang
2 cawan air
Sedikit minyak masak
Sedikit kicap cair
Garam
Serbuk perasa
BAHAN B
Daging (dihiris nipis)
3 inci halia (dihiris nipis-nipis)
3 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang merah (dimayang halus)
1 1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam (setengah sudu pun ok dah)
BAHAN SAMPINGAN
Cili potong bersama kicap cair.
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan gorengkan keutiau bersama sedikit kicap cair sebentar. Angkat dan asingkan.
2. Daging diperap bersama sos tiram, halia, serbuk lada hitam dan kicap pekat.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan bahan perap tadi. Kacau rata.
4. Masukkan air dan masak daging hingga lembut dan kuah sedikit pekat.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan sawi dan tomato. Kacau sebentar hingga rata.
7. Tuangkan ke atas kuetiau semasa menghidang dan taburkan daun bawang di atasnya.
8. Enak dimakan bersama cili potong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha. pehni leh order kat akk je la. :)
ReplyDeleteSuha...boleh2, RM5 jer sama mcm Abg Bob! Hahahaa....
ReplyDeletene tak pernah buat..biasa cha kueh teow aje...pakai kerang atau udang besar-besar..
ReplyDeletepasni leh la buat kak ita ;)
ReplyDelete