Salam. Dah lama saya cari resepi ni, akhirnya dapat jugak. Selalu beli kat cafe ofis jer, geram rasanya tiapkali nak kena rebut ngan org lain. Tak pun, sampai2 je kat cafe...lauk ni dah abis :(. Tu yg tekad nak belajar buat. So saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah - Ditumbuk
6 biji cili padi - Ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris
1 cm belacan - Ditumbuk (Kalau dibakar terlebih dahulu lagi sedap)
1 biji tomato - Dipotong dadu
1 biji bawang besar - Dipotong dadu
2 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar sos cili
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.
Cara-cara membuatnya:
3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah - Ditumbuk
6 biji cili padi - Ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris
1 cm belacan - Ditumbuk (Kalau dibakar terlebih dahulu lagi sedap)
1 biji tomato - Dipotong dadu
1 biji bawang besar - Dipotong dadu
2 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar sos cili
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.
Cara-cara membuatnya:
1. Ikan direbus dgn asam keping, secubit garam dan sedikit air
2. Biarkan ikan mendidih dan masak.
3. Angkat ikan dan ketepikan.Air rebusan ikan jgn dibuang. Buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
4. Masukkan bahan tumbuk ke dalam air rebusan tadi. (Boleh tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih)
5. Masukkan bhn yg dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili padi & bawang besar)
6. Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
7. Masukkan sos cili.
8. Bubuh garam & gula
9. Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
10. Siram di atas ikan rebus tadi.
Dah boleh makan! |
Ni gambar masakan semasa mertua datang ke rumah. Berdebar juga sebab kali pertama masak ni untuk mertua. Alhamdulillah mertua suke sgt :) |
bestnya..kak ita ingat ikan bakar lepas tu dia siram dengan kuah asam...salah rupanya...yg ikan rebus tu kak ita biasa buat...rebus banyak 2(guna ikan yg agak lembut,mcm ikan tak ok(mcm ne nak cite ya)...pakai asam keping dan garam...rebus dan perapkan dengan air sekali..bila nak masak...biasa kak ita goreng sedap lah...mcm ikan kembung jeruk juga lah..tapi ne beresih lah kan...pakai ikan tongkol pun sedap..buat mcm tu...lepas tu goreng atau buat sambal...
ReplyDeletekak ita, ikan rebus goreng ke? pernah buat gak..suami sy suke mkn mcm tu. Mmg sdp klu guna ikan yg ala2 lembik da gitu kan? Kak ita pun pandai masak. Dlm blog kak ita byk mknn sdp2 :)
ReplyDeleteJumpa gak akhirnya resepi ni. Tq sgt. Saya suka resepi ikn ni tmbh2 lg klu mkn di bln posa atau pun time x sht. Berselera.. Huhuhu.
ReplyDeletesaya dah berjaya buat! sedap dan senang sangat nak buat. suami saya pun puji kata sedap ni. nanti nak jamu kawan-kawan dia pulak hehehe. terima kasih!
ReplyDelete