Assalamualaikum..Xnak membebel panjang coz mengejar masa.1 lg resepi kuarge kami yg pasti sedap bile anda mencubanya.Jering yg sy gunakan untuk dijadikan sambal ini haruslah direlung dahulu bg menjamin kesihatan agar tdak memudaratkan selepas anda memakannya..Relung tu bg yg x tau adalah jering yg dah tua dan gugur dr pokok kmudian ditanam kedalam tanah selama beberapa minggu hingga jering tersebut merekah.Haruslah disiram sekali sekala bg mengelakkan tanah terlalu kering. Selalunya keje2 mcam nie dilakukan oleh embah (tok) dan mak kami.Selepas beberapa minggu bolehlah dikorek dan diambil jering tersebut utk dimasak.Haruslah dicuci dan dibersihkan terlebih dahulu. Jering juge dipotong nipis memanjang kemudian direbus hingga lembut selama 1/2 jam ke atas.Nampak leceh tp senang jerrrrrrr..........nk makan sedap kena berenyoh la skit.Jom intai resepi..klu x nampak gak,tengok je trus.
Jering setelah dibersih dan dipotong nipis-nipis |
BAHAN-BAHAN:
15-20 Biji Jering yg telah direlung (potong nipis dan rebus hingga lembut)
1 Senduk Santan Pekat
3-4 sb Cili Kisar (+/-)
Air Asam Jawa secukupnya
1 Biji Bawang Besar (dipotong)
Ikan Bilis secukupnya
Air secukupnya
Garam, Gula, Serbuk Perasa
BAHAN YANG DITUMBUK HALUS:
3 Biji Bawang Merah
2 Biji Bawang Putih
10-20 Biji Cili Api (bleh +/-)
Sedikit Belacan
CARA-CARA:
1- Tumis bahan tumbuk dgan sedikit minyak hingga naik bau dan kekuningan.Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
2- Masukkan jering dan ikan bilis serta secawan air.Biarkan merenih hingga kuah agak kekeringan dan jering semakin lembut.Jika jering masih keras,tambahkan air lagi dan didihkan hingga jering lembut.
3- Masukkan santan dan kacau rata.Jika terlalu kering,tambahkan air lagi.Masukkan air asam jawa dan perasakan dgan garam,gula dan bahan perasa.Masak hingga sambal memekat mengikut citarasa masing2.
4- Akhir, masukkan hirisan bawang besar dan masak sebentar hingga bawang sedikit layu...siaaaappppp!
SELAMAT MENCUBA!!!!