Followers

Thursday, June 28, 2012

Kari Daging

Ni resepi dari mak saya. Diturunkan pula dari adik saya CT Ala... jujurnya, sebelum ni saya memang tak pandai langsung masak kari (sbb tak berapa kenal ngan rempah ratusnya...hehehe). Bila dah kawin ni ha barulah terkial2 nak blajar masak kari bagai. Bila dah cube, fuhhhh! Puas hati, tak tau mana datang magisnye, kari tu sebiji rasanya mcm yg mak buat. Tapi mungkin dari segi rupa, tak cun mcm yg mak atau adik masak. Kari daging, makanan biasa org kita masak. Ramai yang dah tau cane nak buat kari daging ni. Cuma mungkin yg berbeza, cara seseorang tu masak. Air tangan setiap org kan b'beza. So tak salah rasanya saya kongsikan di sini kan? Jom jengah resepinya...

RESEPI KARI DAGING


Bahan-bahan:
Daging
Rempah kari ayam/daging (2 bungkus kecil-b'gantung pada daging)
Lada kering (dikisar) - 3 sudu besar (boleh ditambah ikut citarasa)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pala)
Asam keping
Kentang (potong empat)
Santan (b'gantung pada daging)
Daun kari (jika perlu)
Bawang besar, lada besar (sbg hiasan)

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan lada kering kisar bersama rempah 4 sekawan.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama lada kering kisar terlebih dahulu. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau seketika lebih kurang 5-6 minit.
4. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan kentang, garam, gula, asam keping, ajinomoto dan biarkan sampai daging empuk.
6. Masukkan bawang besar dan lada besar (jika perlu).
7. Sedia dihidang :)

Tips : Untuk dapatkan rasa kari yg betul2 kaw, kena tumis rempah kari tu sampai betul2 masak. Kari ni kalau dimasak lebih lama lebih sedap.




Ayam Wangi

Salam. Dah lama giler tak update blog ni. Mungkin sebab malas nak ingat resepi kot...hahahaa....Ok, kali ni nak tunjuk resepi baru ciptaan saya iaitu Ayam Wangi. Masakan ni ala-ala gabungan sup+tomyam sikit. Rasanya pun lebih kurang macam tu. Actually, masa bujang dulu saya slalu buntu mikir nak masak ape la utk kami 3 bradik. Then, satu hari tu bila bukak je peti ais bahan yg ada cuma daun kesum, bunga kantan, tomato, serai, limau nipis dan ayam. Ingat nak buat sup, tapi dah boring asyik sup je. Nak buat tomyam, x cukup bahan lak.Nak buat asam pedas ayam...hmmmm, adik tak gemar sgt. Last2, main campak2 je dan terhasillah makanan ni...hehee...So apa tunggu lagi, meh tgk resepinya :)


RESEPI AYAM WANGI


Bahan-bahan:
Ayam (paling best amik yang bahagian tulang)
2 batang serai
1 inci halia (dihiris halus)
Daun kesom
1 biji tomato
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan (tak letak pun takpe)
Limau nipis
Air
Cili padi (ikut suke, nak pedas taruk lebih)
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak:
1. Serai, daun kesom, tomato, cili padi dan bunga kantan dihiris kasar. Bawang besar pulak, dihiris secara membulat.
2. Rebus ayam bersama hirisan halia, bawang putih dan bawang merah di dalam kuali @ periuk hingga  hampir masak (macam nak buat sup tu).
3. Lepas tu, masukkan serai, bunga kantan dan cili padi.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Juga sedikit perahan air limau nipis.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun kesom dan tomato. Kacau sekejap pastu tutup api. Siap!

Tomato, cili padi, daun kesom dan bawang besar. Bunga kantan pulak takde masa masak ni.



 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...