Followers

Thursday, June 28, 2012

Ayam Wangi

Salam. Dah lama giler tak update blog ni. Mungkin sebab malas nak ingat resepi kot...hahahaa....Ok, kali ni nak tunjuk resepi baru ciptaan saya iaitu Ayam Wangi. Masakan ni ala-ala gabungan sup+tomyam sikit. Rasanya pun lebih kurang macam tu. Actually, masa bujang dulu saya slalu buntu mikir nak masak ape la utk kami 3 bradik. Then, satu hari tu bila bukak je peti ais bahan yg ada cuma daun kesum, bunga kantan, tomato, serai, limau nipis dan ayam. Ingat nak buat sup, tapi dah boring asyik sup je. Nak buat tomyam, x cukup bahan lak.Nak buat asam pedas ayam...hmmmm, adik tak gemar sgt. Last2, main campak2 je dan terhasillah makanan ni...hehee...So apa tunggu lagi, meh tgk resepinya :)


RESEPI AYAM WANGI


Bahan-bahan:
Ayam (paling best amik yang bahagian tulang)
2 batang serai
1 inci halia (dihiris halus)
Daun kesom
1 biji tomato
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan (tak letak pun takpe)
Limau nipis
Air
Cili padi (ikut suke, nak pedas taruk lebih)
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak:
1. Serai, daun kesom, tomato, cili padi dan bunga kantan dihiris kasar. Bawang besar pulak, dihiris secara membulat.
2. Rebus ayam bersama hirisan halia, bawang putih dan bawang merah di dalam kuali @ periuk hingga  hampir masak (macam nak buat sup tu).
3. Lepas tu, masukkan serai, bunga kantan dan cili padi.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Juga sedikit perahan air limau nipis.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun kesom dan tomato. Kacau sekejap pastu tutup api. Siap!

Tomato, cili padi, daun kesom dan bawang besar. Bunga kantan pulak takde masa masak ni.



 



2 comments:

  1. resepi baru ne LJ..tak pernah cuba ne...nanti nak try buat lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah...cube la nt kak ita. Resepi baru nih, heheee....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...