Ni resepi dari mak saya. Diturunkan pula dari adik saya CT Ala... jujurnya, sebelum ni saya memang tak pandai langsung masak kari (sbb tak berapa kenal ngan rempah ratusnya...hehehe). Bila dah kawin ni ha barulah terkial2 nak blajar masak kari bagai. Bila dah cube, fuhhhh! Puas hati, tak tau mana datang magisnye, kari tu sebiji rasanya mcm yg mak buat. Tapi mungkin dari segi rupa, tak cun mcm yg mak atau adik masak. Kari daging, makanan biasa org kita masak. Ramai yang dah tau cane nak buat kari daging ni. Cuma mungkin yg berbeza, cara seseorang tu masak. Air tangan setiap org kan b'beza. So tak salah rasanya saya kongsikan di sini kan? Jom jengah resepinya...
RESEPI KARI DAGING
Bahan-bahan:
Daging
Rempah kari ayam/daging (2 bungkus kecil-b'gantung pada daging)
Lada kering (dikisar) - 3 sudu besar (boleh ditambah ikut citarasa)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pala)
Asam keping
Kentang (potong empat)
Santan (b'gantung pada daging)
Daun kari (jika perlu)
Bawang besar, lada besar (sbg hiasan)
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan lada kering kisar bersama rempah 4 sekawan.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama lada kering kisar terlebih dahulu. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau seketika lebih kurang 5-6 minit.
4. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan kentang, garam, gula, asam keping, ajinomoto dan biarkan sampai daging empuk.
6. Masukkan bawang besar dan lada besar (jika perlu).
7. Sedia dihidang :)
Tips : Untuk dapatkan rasa kari yg betul2 kaw, kena tumis rempah kari tu sampai betul2 masak. Kari ni kalau dimasak lebih lama lebih sedap.
Resepi mudah dan ringkas untuk dicuba...termasuklah resipi turun-temurun keluarga Pok Ya...
Followers
Thursday, June 28, 2012
Ayam Wangi
Salam. Dah lama giler tak update blog ni. Mungkin sebab malas nak ingat resepi kot...hahahaa....Ok, kali ni nak tunjuk resepi baru ciptaan saya iaitu Ayam Wangi. Masakan ni ala-ala gabungan sup+tomyam sikit. Rasanya pun lebih kurang macam tu. Actually, masa bujang dulu saya slalu buntu mikir nak masak ape la utk kami 3 bradik. Then, satu hari tu bila bukak je peti ais bahan yg ada cuma daun kesum, bunga kantan, tomato, serai, limau nipis dan ayam. Ingat nak buat sup, tapi dah boring asyik sup je. Nak buat tomyam, x cukup bahan lak.Nak buat asam pedas ayam...hmmmm, adik tak gemar sgt. Last2, main campak2 je dan terhasillah makanan ni...hehee...So apa tunggu lagi, meh tgk resepinya :)
RESEPI AYAM WANGI
Bahan-bahan:
Ayam (paling best amik yang bahagian tulang)
2 batang serai
1 inci halia (dihiris halus)
Daun kesom
1 biji tomato
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan (tak letak pun takpe)
Limau nipis
Air
Cili padi (ikut suke, nak pedas taruk lebih)
Garam dan serbuk perasa
Cara memasak:
1. Serai, daun kesom, tomato, cili padi dan bunga kantan dihiris kasar. Bawang besar pulak, dihiris secara membulat.
2. Rebus ayam bersama hirisan halia, bawang putih dan bawang merah di dalam kuali @ periuk hingga hampir masak (macam nak buat sup tu).
3. Lepas tu, masukkan serai, bunga kantan dan cili padi.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Juga sedikit perahan air limau nipis.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun kesom dan tomato. Kacau sekejap pastu tutup api. Siap!
RESEPI AYAM WANGI
Bahan-bahan:
Ayam (paling best amik yang bahagian tulang)
2 batang serai
1 inci halia (dihiris halus)
Daun kesom
1 biji tomato
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan (tak letak pun takpe)
Limau nipis
Air
Cili padi (ikut suke, nak pedas taruk lebih)
Garam dan serbuk perasa
Cara memasak:
1. Serai, daun kesom, tomato, cili padi dan bunga kantan dihiris kasar. Bawang besar pulak, dihiris secara membulat.
3. Lepas tu, masukkan serai, bunga kantan dan cili padi.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Juga sedikit perahan air limau nipis.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun kesom dan tomato. Kacau sekejap pastu tutup api. Siap!
Tomato, cili padi, daun kesom dan bawang besar. Bunga kantan pulak takde masa masak ni. |
Thursday, May 3, 2012
Sambal Jering Relung berapi....
Assalamualaikum..Xnak membebel panjang coz mengejar masa.1 lg resepi kuarge kami yg pasti sedap bile anda mencubanya.Jering yg sy gunakan untuk dijadikan sambal ini haruslah direlung dahulu bg menjamin kesihatan agar tdak memudaratkan selepas anda memakannya..Relung tu bg yg x tau adalah jering yg dah tua dan gugur dr pokok kmudian ditanam kedalam tanah selama beberapa minggu hingga jering tersebut merekah.Haruslah disiram sekali sekala bg mengelakkan tanah terlalu kering. Selalunya keje2 mcam nie dilakukan oleh embah (tok) dan mak kami.Selepas beberapa minggu bolehlah dikorek dan diambil jering tersebut utk dimasak.Haruslah dicuci dan dibersihkan terlebih dahulu. Jering juge dipotong nipis memanjang kemudian direbus hingga lembut selama 1/2 jam ke atas.Nampak leceh tp senang jerrrrrrr..........nk makan sedap kena berenyoh la skit.Jom intai resepi..klu x nampak gak,tengok je trus.
Jering setelah dibersih dan dipotong nipis-nipis |
BAHAN-BAHAN:
15-20 Biji Jering yg telah direlung (potong nipis dan rebus hingga lembut)
1 Senduk Santan Pekat
3-4 sb Cili Kisar (+/-)
Air Asam Jawa secukupnya
1 Biji Bawang Besar (dipotong)
Ikan Bilis secukupnya
Air secukupnya
Garam, Gula, Serbuk Perasa
BAHAN YANG DITUMBUK HALUS:
3 Biji Bawang Merah
2 Biji Bawang Putih
10-20 Biji Cili Api (bleh +/-)
Sedikit Belacan
CARA-CARA:
1- Tumis bahan tumbuk dgan sedikit minyak hingga naik bau dan kekuningan.Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
2- Masukkan jering dan ikan bilis serta secawan air.Biarkan merenih hingga kuah agak kekeringan dan jering semakin lembut.Jika jering masih keras,tambahkan air lagi dan didihkan hingga jering lembut.
3- Masukkan santan dan kacau rata.Jika terlalu kering,tambahkan air lagi.Masukkan air asam jawa dan perasakan dgan garam,gula dan bahan perasa.Masak hingga sambal memekat mengikut citarasa masing2.
4- Akhir, masukkan hirisan bawang besar dan masak sebentar hingga bawang sedikit layu...siaaaappppp!
SELAMAT MENCUBA!!!!
Rebung dan Perut Masak Lemak Cili Api..
Assalamualaikum smua...slamat bersua kembali sblum berehat lg..Harap smua sihat2 hendaknye spya dpat menikmati juadah yg sedap2 hasil air tangan sendiri or kuarge,mak,ayah dan siape jua.Yang pasti hari nie sy nk tunjukkan 1 lg resepi kuarge yg sy da masak byak kali n hasilnyer akan terase bile anda mencubanya sendiri.Sedap x sedap bergantung pd kemahiran,kecekapan dan keikhlasan kter smasa memasak.Jom semak resepi...mudoh benor...
BAHAN-BAHAN:
1 paket Rebung yg siap dicelur (RM2.00) - klu kat pekan sari Chini
Perut Lembu yg telah dicuci bersih dan direbus hingga lembut kemudian dipotong memanjang dan nipis (kuantiti ikut suke nk mkan byak mane)
Santan (dari 1 bji kelapa)
2 Btg Serai (diketuk)
Garam, Serbuk Perasa
BAHAN YANG DITUMBUK HALUS:
3 Bawang Merah
2 Bawang Putih
1cm Halia
2cm Kunyit Hidup
10-20 Cili Api (ikut kepedasan masing2.bleh kurg or tambah)
CARA-CARA:
1- Masukkan kesemua bahan diatas (bahan tumbuk,rebung,perut,serai dan santan) kecuali garam dan bahan perasa ke dalam periuk dan masak di atas dapur.Didihkan beberapa minit.Jangan berhenti mengacau bg mengelakkan santan berketul or pecah minyak.
2- Perasakan dgan garam dan serbuk perasa..Agak2 kuah dan bahan dah masak,blehla tutup api dan dihidangkan bersama nasi putih,ikan goreng dan nk tambah kepedasan lg mkan juge bersama sambal belacan..erm,walllllaaaaahhh!!!!!!
SELAMAT MENCUBA!!

Monday, March 26, 2012
Kuetiau Daging Halia
RESEPI KUETIAU DAGING HALIA
Saya sangat suka makan Beef Hor Fun kat Cafe Abg Bob. Sgt2 suke, hingga rasa mcm nak jer tanya ape resepinya. Tapi segan lak nak tanya. Yelah. org niaga ni kdg2 mana nak share resepi dia kan. Jadi sy amik alternatif lain, search kat Google. Tapi susahnya nak cari yg betul2 tepat. Kalau ada pun, dlm bahasa Cina. Mana nak paham?!!@#. Berkat kesabaran m'cari rahsia Beef Hor Fun Abg Bob yakni dgn m'beli & memakan Beef Hor Fun nya secara kerap di samping m'kaji respi2 yg ada kat Google, akhinya saya temui resepi yg mungkin hampir tepat :). Hor Fun dalam bahasa Melayu rupenye KUETIAU...baru saya tau. Selama ni t'tanya2 gak ape benda la 'HOR FUN' tu. Jom tgk resepinya!
Bahan-bahan :
BAHAN A
1 bungkus keutiau
1 pokok sayur sawi
2 biji tomato (dibelah 6)
1 pokok daun bawang
2 cawan air
Sedikit minyak masak
Sedikit kicap cair
Garam
Serbuk perasa
BAHAN B
Daging (dihiris nipis)
3 inci halia (dihiris nipis-nipis)
3 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang merah (dimayang halus)
1 1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam (setengah sudu pun ok dah)
BAHAN SAMPINGAN
Cili potong bersama kicap cair.
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan gorengkan keutiau bersama sedikit kicap cair sebentar. Angkat dan asingkan.
2. Daging diperap bersama sos tiram, halia, serbuk lada hitam dan kicap pekat.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan bahan perap tadi. Kacau rata.
4. Masukkan air dan masak daging hingga lembut dan kuah sedikit pekat.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan sawi dan tomato. Kacau sebentar hingga rata.
7. Tuangkan ke atas kuetiau semasa menghidang dan taburkan daun bawang di atasnya.
8. Enak dimakan bersama cili potong.
Friday, March 9, 2012
Ikan Kembong Rebus Air Asam
RESEPI IKAN REBUS
Salam. Dah lama saya cari resepi ni, akhirnya dapat jugak. Selalu beli kat cafe ofis jer, geram rasanya tiapkali nak kena rebut ngan org lain. Tak pun, sampai2 je kat cafe...lauk ni dah abis :(. Tu yg tekad nak belajar buat. So saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Selamat mencuba!
Nota : Boleh gantikan cili padi dengan lada merah yang dipotong dadu kalau tak suke pedas sgt.
Salam. Dah lama saya cari resepi ni, akhirnya dapat jugak. Selalu beli kat cafe ofis jer, geram rasanya tiapkali nak kena rebut ngan org lain. Tak pun, sampai2 je kat cafe...lauk ni dah abis :(. Tu yg tekad nak belajar buat. So saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah - Ditumbuk
6 biji cili padi - Ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris
1 cm belacan - Ditumbuk (Kalau dibakar terlebih dahulu lagi sedap)
1 biji tomato - Dipotong dadu
1 biji bawang besar - Dipotong dadu
2 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar sos cili
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.
Cara-cara membuatnya:

1. Ikan direbus dgn asam keping, secubit garam dan sedikit air
2. Biarkan ikan mendidih dan masak.
3. Angkat ikan dan ketepikan.Air rebusan ikan jgn dibuang. Buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
4. Masukkan bahan tumbuk ke dalam air rebusan tadi. (Boleh tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih)
5. Masukkan bhn yg dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili padi & bawang besar)
6. Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
7. Masukkan sos cili.
8. Bubuh garam & gula
9. Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
10. Siram di atas ikan rebus tadi.
Dah boleh makan! |
Ni gambar masakan semasa mertua datang ke rumah. Berdebar juga sebab kali pertama masak ni untuk mertua. Alhamdulillah mertua suke sgt :) |
Wednesday, February 29, 2012
Bubur Oat
Oat? Apa lagi yg kita boleh masak m'gunakan oat ni? Ok, resepi ni saya belajar daripada majalah RASA kot :). Tapi saya dah ubah resepinya mengikut kesesuaian selera saya. Kali pertama cuba masa bulan Ramadhan tahun bila ntah (bujang lagi). Malas nak masak yg berat2 time sahur, jadi cube la masak m'gunakan oat ni. Memang mengenyangkan, tahanlah sampai berbuka nanti...insyaAllah. Oat ni banyak kebaikan utk tubuh kita. Di bawah entri resepi ni saya letakkan info tentang kebaikan memakan oat ni.
RESEPI BUBUR OAT
Bahan-bahan :
Oat segera (Quaker Oat)
1 biji kentang (dipotong dadu)
Lada hitam (ditumbuk halus)
Stok ayam
Lobak merah (dipotong dadu)
Isi ayam
Garam
Serbuk perasa
Bawang goreng
Air
Cara membuatnya :
1. Didihkan air bersama isi ayam dalam periuk hingga ayam hampir masak.
2. Masukkan lobak dan kentang.
3. Bila semua dah empuk, masukkan oat.
4. Lepas tu masukkan sedikit stok ayam.
5. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut tekak anda.
6. Bila semua dah masak, tutup api. Taburkan bawang goreng dan siap! Mudahkan?
* Nota tangan : Oat jgn dimasak sampai terlalu kembang...kang muak lak..Nak taburkan daun bawang pun boleh.
Info OAT
Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?
Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.
Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.
Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.
Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.
Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.
Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.
Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!
Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!
Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.
Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!
Petikan: http://anizyn.blogspot.com

Utk gambar bubur oat ni saya dah tukar bahannya, sebab banyak yg takde dari ade. Saya masukkan ikan bilis, dan gunakan lada kecik yg dipotong untuk gantikan lada hitam. (M.A.L.A.S. nak tumbuk lada hitam...hehee). Lobak pun tarak...Erm, rasanya baik korang jgn letakkan ikan bilis...tak sesuaiii ok.

Tuesday, February 28, 2012
CT oh CT!
Salam.
Dah lama tak masukkan resepi baru. Partner saya si CT pun dah lama menyepi, tanpa update ape2. Nape agaknya? Takde notebook ke takde braodband nih?
Hellooooo......CTTTTTTT......!!!!! Mu duk mane ha? Bakpe doh lama mu tak update blog ni? Angoh doh tuko baru orh background dia. Mu dah tgk belum? Cantik ork?(perasan). Ekekee...Tapi Angoh ingat nok cari background yg cun dari ni..hok yg ada gambor masok2 tu ke...baru sesuei dok.Banyok doh gambor masakan Angoh ni, belanar doh..tapi maleh nak update. Tunggu mu update, tak update2. Notebook Amat rosak ke? *Ceh! Mcm takde tempat lain nok ajok borok. Padahe leh mesej@ tipon mu jer...huhu. Kalo mu bace ni, ace mesej Angoh :-) *
Sekian daripada;
Angoh yg cun...wakakaaa...
Dah lama tak masukkan resepi baru. Partner saya si CT pun dah lama menyepi, tanpa update ape2. Nape agaknya? Takde notebook ke takde braodband nih?
Hellooooo......CTTTTTTT......!!!!! Mu duk mane ha? Bakpe doh lama mu tak update blog ni? Angoh doh tuko baru orh background dia. Mu dah tgk belum? Cantik ork?
Sekian daripada;
Angoh yg cun...wakakaaa...
Wednesday, February 8, 2012
Kerabu Ayam Alalalaaa
RESEPI KERABU AYAM ALALALAAA
Bahan-bahannya :
2-3 ketul isi ayam
Sedikit kunyit (untuk menggoreng ayam)
1 batang lobak merah (dihiris halus secara memanjang)
1 batang serai (dihiris halus)
1 batang bunga kantan (dihiris halus)
Daun kesom (dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong dadu)
3-5 biji bawang merah (dimayang halus)
5-6 biji cili padi (dipotong kecil-kecil - lebihkan kalau suka lagi pedas)
1 bungkus su'un (direndam dengan air panas dan ditoskan)
Air perahan limau nipis
Garam
Gula
Cara-cara membuatnya :
1. Ayam dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian gorengkan sehingga masak.
2. Ayam yang telah digoreng tadi, dicarik-carik kecil.
3. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas dan perasakan dengan gula dan garam.Gaulkan hingga mesra lepas tu boleh le dimakan.
Tips :
- Kerabu ni boleh diganti @ ditambah lagi bahan-bahannya ikut selera anda. Boleh masukkan lada benggala, lada besar dan bawang besar kalau suka.
- Air perahan limau nipis boleh digantikan dengan cuka makan.
- Kerabu ini juga enak kalau dibiar sejuk dalam peti ais sebelum dimakan.
Friday, January 27, 2012
Mi Kuah Bersama Bebola Daging
RESEPI MI KUAH BERSAMA BEBOLA DAGING
Resepi Asal : Selera Serata Ceruk
Bahan-bahan untuk membuat bebola daging :
1 cawan daging kisar
Setengah sudu teh lada hitam (Ditumbuk)
2 ulas bawang merah (Ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk memasak mi :
1 bungkus mi kuning (Dicelur)
2 ulas bawang merah (Ditumbuk)
3 ulas bawang putih (Ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (Ditumbuk)
1 pokok daun sup (Dihiris)
Bunga kobis
Sawi (Ikut suka nak banyak mana)
Air
Garam
Minyak masak
Tomato (Dibelah 4 @ 6)
Perencah Pati Ayam Tumix
Bahan Hiasan / Sampingan :
Bawang Goreng
Limau nipis
Sambal kicap @ cili potong
Sambal kicap @ cili potong
Cara membuat bebola daging:
1. Daging kisar digaulkan bersama-sama lada hitam, tepung jagung, bawang merah dan garam. Buatkan bebola kecil.
2. Panaskan air di dalam periuk hingga hampir mendidih, kemudian masukkan bebola daging tersebut. Tunggu sampai daging masak. Kalau bebola daging tu timbul, maknanya dah masak la tu.
3. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Cara memasak mi :
1. Dengan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan tumbuk.
2. Bila dah naik bau, masukkan air. Ikut sukatan kuah yang anda mahu. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging. Perasakan dengan garam dan perencah Pati Ayam Tumix.
4. Kemudian masukkan bunga kobis dan sawi.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api. Sayur-sayur ni tak perlu masak lama-lama...nanti lembik sgt tak sedap. Biar rangup2 gitu...hehehe...
6. Tuang kuah ke dalam mangkuk mi, taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan panas-panas bersama cili padi potong berkicap. Nak lagi ummphh!? Perahkan limau nipis...pasti terangkat!
Daging Hitam Manis
RESEPI DAGING HITAM MANIS
Bahan-bahannya:
Daging - dipotong nipis-nipis
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
Bahan kisar :
10 biji cili kering
1/2 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
2cm halia
Minyak masak utk menggoreng
Utk hiasan:
1 biji cili hijau (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris secara membulat)
Cara memasak :
1. Masukkan bahan kisar dalam daging. Gaulkan.
2. Masukkan pula kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Masukkan gula ...Gaul sebati dan perap selama setengah jam.
4. Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging perap tadi hingga separuh masak.
5. Lepas tu barulah dimasukkan minyak supaya hasil daging tidak liat.
6. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
7. Setelah daging empuk, masukkan cili hijau dan bawang yang telah dihiris membulat tadi.
4. Sedia dihidang.
Nota : Resepi ini saya belajar dari majalah RASA yang saya beli bertahun lalu, tetapi ada bahannya yang saya dah ubah (pakai bahan yang ada kat rumah je, heheee). Resepi asal menggunakan kulit kayu manis. Boleh tambahkan dalam masakan dalam langkah 3 (bersekali ngan gula).
Tuesday, January 17, 2012
Buah cempelak di luar pagar..menu petang
Assalamualaikum dan slamat petang sume..arini sy nk jamu tuan/puan/kakak/abang/adik sume dgan cempedak panas yg telah digoreng bberapa hri lpas.jamu mate jela..hehe.pase cempedak nie da lme tamat riwayat die.Cempedak nie amik kat blakang umah..memg terbaik woookkk...isi die perghhhh..manis dan nipis.tu yg wat x muak ble mkan.Tp syg..pokok die da nk 'K.O' bab da terlalu pjg usia pkok tuh.lbih pd 1 abad da pun.Hasilnyer pkok tu mjadi kaya raya dgan pertumbuhan pkok duit2 yg smakin galak menjalar di stiap batang dan dahannye.Tuan die gak yg papa kedana.Klula laku duit yg dihasilkan pkok tuh,confirm x smpat ke tuan die org len yg mik dlu..huhu.kesian...buahnye sedap tp pkoknyer da uzur.Stiap yg hidup akan kembali jua..hehe :) tp tua2 pun berisi.Isinyer msih elok spt yg anda lihat di bawah..smpai ble pkok ini akan bertahan,wallahualam..moh kter layannnnnn...
campedak ini bergetah.untuk m'hilangkan getah ditangan slepas mngopek isinyer blehla dilumur minyak masak bg m'hilangkan getah ditangan.
menggunakan tepung gandum,sedikit tepung beras,secubit garam dan serbuk kunyit ktika membancuh.Masukkan cempedak..dan trus goreng..
goreng dgan minyak yg panas hingga kekuningan
enak.....banget!!
Kobis Goreng Bodo....
Assalamualaikum..slamat tghari sume..juz straight to my resepi.arini msak sayur kobis ungu dan putih.sekadar campak2 n baling2..bahan yg mudah lg senang..tu pase name die kubis goreng bodo :)
Resepi Asal: Selera Serata Ceruk
Bahan-Bahan:
1/2 bj kobis putih
1/2 bj kobis ungu
Daun Sup secukupnya (dihiris kasar)
1/2 bj bawang besar (dipotong)
1/2 gengam ikan bilis
Bahan yg dihiris kasar:
2 Bawang merah
2 bawang putih
2 bj cili padi hijau
2 bj cili padi merah
Cara-Cara:
1. Kobis putih dan ungu dipotong@dihiris ikut suka hati..
2. Tumis bahan hiris bersama ikan bilis hingga naik bau dan agak garing,
3. Masukkan kobis putih&ungu serta daun sup.Perasakan dgan garam dan serbuk perasa.Kacau2 dlam 1 mnit dan trus angkat.Tak perlu msak lame by mengekalkan kerangupan dan khasiat sayur...siap sudahhhh....
sayur yg telah dihiris,dibasuh dan ditoskan
selamat mencube :)
Monday, January 16, 2012
Kerang Rebus...tuk diet..
Assalamualaikum..selamat ptg smue..da makan?ofcourse la kan.cam bese,melunaskan resepi2 yg tertangguh..kali nie kter wat resepi simple gak.Sesuai tuk mereka yg nk diet..xder sbarang penggunaan bahan yg berminyak..campak2 trus mjadi..bg mak2 yg diluar sana,"huk aloh,mudoh benar" katenyer..doh mudoh,mohler kter yg anak dara lg nie p blajo..yg da blaja,dok diam2 na..huhu
Resepi Asal: Selera Serata Ceruk
Bahan-Bahan:
1 kg kerang (dicuci hingga bersih dan putih)
2 btg serai (diketuk)
5-6 cili padi merah (diketuk)
2 bawang putih (diketuk)
1cm halia (diketuk)
1 asam keping
Air secukupnya (melebihi paras kerang)
garam,serbuk perasa
Cara-Cara:
1. Campak smue bahan diatas dalam periuk kecuali asam keping,garam n serbuk perasa.Biar masak hingga kuah mendidih..
2. Masukkan asam keping,garam n serbuk perasa.Bila cengkerang da byk yg terbuka,bermakna proses masaknye da selesai n harus dinikmati..ratah camtuh jer pun sedap.. :)
part hirup kuah yg x tahan tuh..smpai leh pejam mate..hehe
selamat mencube :)
Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin..pahang mari woooo...
Assalamualaikum..hari nie msuk n3 lmbat.sbenarnyer sume resepi2 nie tertangguh..pic msak sume da ad..klu ad yg pasan,kat pic masakan sy nie ad tertera trikh.pyer da lame..pas msak trus tgkap tuk dijadikan koleksi simpanan sy.Ada mase bru wat msuk dlam blog nie..pic kterorg x cntik mcam blog yg len2 n hebat2 blaker..kami hya mggunakan khidmat kmera dri nset..nset pun x canggih mane..nset cap ayam jerrrr....jd klu ad yg klabu2 tu hrap maklumla yea..hehe.kami budak baru blaja..per pun yg pnting kami wat blog nie dgan hasil masakan air tangan sndiri..xder copy2 na..x bek tau...stiap kerja harus dilakukan dgan ikhlas n jujur.bru berkat..Tuhan Maha Mengetahui stiap ap yg kter kerjakan..pencurian gambar dlam blog nie or blog masakan saper2 pun adalh dilarang sama skali.biarla xcantik pun asalkan atas usaha sndiri..ye x???mbebel byak lak arini..
k,trus pda tajuk utama.Resepi nie blajar dri mak..alhamdulillah,sgala resepi2 yg mak perturunkan kini mjadi kemahiran kami adik beradik..mane2 pg pun resepi mak la yg kami bawak..byak cara sbenarnyer dlam penyediaan ikan patin nie.Bergantung pd citarasa n tempat sseorang..yg ni stail mak sy..jom intai resepi..mudah jerrr..
Resepi Asal: Selera Serata Ceruk
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan patin sangkar (dipotong dan dicuci bersih dgn m'gunakan tepung serbeguna bg m'hilangkan hanyir)
Daun Kesum secukupnyer
2 btg bunga kantan (belah 2)
1 btg Timun (belah 2,potong serong)
5-6 sb penuh tempoyak (bancuh ngan air panas)
1-2 asam keping
Air secukupnya (1/2 periuk)
garam dan serbuk perasa
Bahan Tumbuk Halus:
2cm Lengkuas
2cm kunyit hidup
15-20 biji cili padi (+-)
1cm Halia
Cara-Cara:
1. Masukkan air 1/2 periuk bersame dgan bahan tumbuk dan ikan patin.Biar mendidih slama 5-10 minit.Kacau skale2..tp hati2.nti iakn hancur..
2. Masukkan pula tempoyak yg telah dibancuh dgan sdikit air panas..masukkan juga timun..
3. Masukkan daun kesum,bunga kantan,asam keping dan perasakan dgan garam serta serbuk perasa..sesuaikan rase mngikut citarasa anda..Biar hingga ikan masak dan timun empuk..siiiiaaaappp... :)
boleh juge mamasukkan bawang merah dan bawang putih jika suke..timun bese bleh digantikan dgan timun masak.ad org memasukkan batang keladi sbg pelengkap menyedapkan lg asam padas nie.tp resepi kali nie tidak m'gunakannye..
selamat mencube :)
Thursday, January 12, 2012
Jom minum petang sambil layan cd hindi..
Assalamualaikum smue..hari nie kat pahang ujan renyai2.Petang2 camnie memg syok ble dpat layan goreng pisang panas smbil nonton filem hindi chori-chori chupke-chupke..
raage raageme ishtara..tu samaa nii laaga 2x, jaise mujheko mujhese chura nii laaga..dil meera legaaya luttekee..chori2 chupke2..huhu
mase nie Salman Khan perghhh..encem!!tp skung..besela..da berumur nie kan.hehe.dulu2 cte industan memg best nk dilayan.lagu2 pun memg jd siulan..yg skung xtaula ap yg merasuk industri perfileman dorg smpai leh kater byak citer yg da t'pengaruh ala2 barat.lagu pun da x bez..dgar b'kali2 pun ttap x bez.mgkin same kot dgan industri seni m'sia yg mkin t'pengaruh dgan muzik n jalan cter dr luar..per pun terserahlah..x pnting pun tuk kter.bda nie sekadar hiburan smate..hehe.moh sambung blik makan smbil mnum petang..nyum2
pisang nie amik kat tepi umah..pisang raja.hye bancuh dgan tepung gandum,sedikit tepung beras,serbuk kunyit dan secubit garam..sempoi bis.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)