Resepi Asal : Selera Serata Ceruk
Bahan-bahan untuk membuat bebola daging :
1 cawan daging kisar
Setengah sudu teh lada hitam (Ditumbuk)
2 ulas bawang merah (Ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk memasak mi :
1 bungkus mi kuning (Dicelur)
2 ulas bawang merah (Ditumbuk)
3 ulas bawang putih (Ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (Ditumbuk)
1 pokok daun sup (Dihiris)
Bunga kobis
Sawi (Ikut suka nak banyak mana)
Air
Garam
Minyak masak
Tomato (Dibelah 4 @ 6)
Perencah Pati Ayam Tumix
Bahan Hiasan / Sampingan :
Bawang Goreng
Limau nipis
Sambal kicap @ cili potong
Sambal kicap @ cili potong
Cara membuat bebola daging:
1. Daging kisar digaulkan bersama-sama lada hitam, tepung jagung, bawang merah dan garam. Buatkan bebola kecil.
2. Panaskan air di dalam periuk hingga hampir mendidih, kemudian masukkan bebola daging tersebut. Tunggu sampai daging masak. Kalau bebola daging tu timbul, maknanya dah masak la tu.
3. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Cara memasak mi :
1. Dengan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan tumbuk.
2. Bila dah naik bau, masukkan air. Ikut sukatan kuah yang anda mahu. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging. Perasakan dengan garam dan perencah Pati Ayam Tumix.
4. Kemudian masukkan bunga kobis dan sawi.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api. Sayur-sayur ni tak perlu masak lama-lama...nanti lembik sgt tak sedap. Biar rangup2 gitu...hehehe...
6. Tuang kuah ke dalam mangkuk mi, taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan panas-panas bersama cili padi potong berkicap. Nak lagi ummphh!? Perahkan limau nipis...pasti terangkat!
No comments:
Post a Comment