Followers

Sunday, January 1, 2012

Welcome to 2012..


Assalamualaikum semua..selamat tahun baru.Semoga tahun ini dapat dilalui dengan penuh keberkatan dan kesejahteraan bt kter umat islam.Moga dijauhkan dari segala bencana dan umat islam semakin sedar akan kesilapan yang telah berlalu.Nikmatilah kehidupan di muka bumi yang sudah semakin tua ini dengan meningkatkan ketakwaan diri pada Allah.Segala azam2 dan cita2 cukuplah bersandarkan pada Allah dengan usaha dan doa semoga Allah mempermudahkannya.Semoga seluruh rakyat Malaysia yg beragama islam diberi petunjuk ke jalan yg diredhai-Nya,dijauhkan dr segala ancaman dan rusuhan serta hidup aman sejahtera.Tingkatkan keimanan pd Allah swt,InsyaAllah kter semua akan bahagia selamanya dunia dan akhirat.


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pd 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik2 ap yg hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lg dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarkanlah dengan teliti kata2ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci. Kembalilah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan memenuhi Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka berjaga-jagalah kamu supaya kamu tidak mengikutinya dalm perkara2 kecil.Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak di atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita2 kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dam pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata2ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama dan tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh tiu wahai manusia, nilailah denagn betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang2 yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula pada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari yang terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...