Resepi mudah dan ringkas untuk dicuba...termasuklah resipi turun-temurun keluarga Pok Ya...
Followers
Saturday, January 7, 2012
Ayam Harum Thai
Assalamualaikuum sume..hari nie dpat gak msuk entri yg da lame tertunggak.Teme kasih pde yg empunyer resepi nie klu ad terbace..sy mik dr slah satu bloger masakan kat sni tp xigt saper yg pnyer coz sy salin dalam buku sblum adenyer blog kami adik bradik ni.Mintak halal ye..resepi nie agak sedap ble firstime sy mencube.So diluar sana yg mane lum try,jgan segan2 k...Sy da ubah kuantiti resepi nie mengikut selere keluarga n kuantiti ayam..
Bahan-Bahan:-
4-5 Keping isi ayam (dipotong kecil)
1 btg serai (dititik)
4 helai daun limau purut
6 biji cili api thai (diketuk)
garam,gula
minyak (menumis)
Bahan A (hiris halus)
1 Bawang besar
4 Bawang putih
1cm halia
Bahan B
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 sb pes tomyam Adabi
2 sb kicap cair (sy x boh sbb xde)
1 sb kicap manis
1/2 biji limau nipis (ambil jus)
Daun sup/Daun ketumbar (dihiris dan ditabur)
Cara-Cara:-
1. Ayam yg telah dipotong digaul garam dan kunyit.Goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Tumis bahan A dan serai hingga layu.
3. Masukkan smue bahan B dan kacau hingga naik bau.Masukkan ayam yg telah digoreng dan gaul rata.
4. Perasakan dgan garam,gula dan sedikit serbuk perasa (jika suka).
5. Masukkan daun limau purut dan jus limau.Apabila kuah sedikit pekat,angkat dan taburkan daun ketumbar atau daun sup..
resepi asal menggunakan lada benggala merah dan hijau yg dipotong dadu sbg tambahan
selamat mencube :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment